Friday, October 31, 2008

Apa itu cinta?

Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati
kita berdebar kencang dan suara kita
tersekat di dada?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan
pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita
tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kita mencintainya kerana itulah
yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kita tetap mengatakan kita
menyintainya kerana kita tidak ingin

melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELASKASIHAN.


Adakah kita mengatakan padanya
bahawa setiap hari hanya dia yang kita
fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kita rela memberikan semua
perkara yang kita senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Adakah kita menjadi miliknya kerana
pandangan matanya membuat hati kita

melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kita memaafkan kesalahannya
kerana kita mengambil berat
tentangnya?

Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN
Tetapi...

Adakah kita tetap bertahan kerana
campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak
terfahami ... menarik kita mendekati dan
tetap bersamanya?

ITULAH CINTA.<------->